Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030
PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 39 ] Teras ini merujuk kepada pemerkasaan PSM menerusi kecekapan dan keberkesanan penggunaan perjawatan dan pengukuhan dasar saraan ke arah mengoptimumkan penggunaan sumber manusia. Ia juga melibatkan keberkesanan pengurusan kewangan, aset, infrastruktur dan lain-lain sumber, tanpa pembaziran dan ketirisan disebabkan kelemahan pengurusan dan tadbir urus. Bagi mencapai hasrat ini, tiga strategi utama digariskan seperti berikut: • Mengukuhkan keupayaan organisasi (reka bentuk dan struktur organisasi, perjawatan dan perkongsian strategik data sumber manusia); • Meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia (saraan, kompetensi perjawatan, penempatan dan kapasiti pengurus sumber manusia); dan • Memantapkan pengurusan kewangan dan aset (termasuk aspek faedah persaraan dan kawalan perbelanjaan). Ketiga-tiga strategi ini adalah untuk memastikan struktur organisasi yang tepat dan bersesuaian dengan penggunaan jumlah perjawatan ( right-sizing ) yang diperlukan pada satu-satu masa dan fungsi perjawatan pada masa tersebut. Dalam hal ini, analisis kerja menjadi penentu keperluan perjawatan bagi membolehkan penempatan pegawai adalah produktif dalam tempoh masa yang lebih singkat dan mengurangkan keperluan perjawatan tambahan. Kompetensi perjawatan juga menjadi asas kepada penilaian bagi jurang kompetensi dan mewujudkan proses penempatan (pusingan kerja, naik pangkat, pembangunan kompetensi, dan lain-lain) secara lebih berdisiplin, strategik dan memenuhi spesifikasi tugas ( job fit-person fit ). TSPA ini juga menghasratkan untuk mewujudkan keanjalan ( flexibility ) dalam mereka bentuk organisasi kepada Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan (matlamat jangka panjang) berasaskan analisis kerja, kawalan perbelanjaan, pelantikan secara tetap/ kontrak dan pematuhan kepada dasar-dasar perjawatan terutamanya melibatkan prinsip kebertanggungjawaban ( accountability ) dan prestasi ( performance ). Jumlah perjawatan dinilai berasaskan keperluan penyampaian perkhidmatan dan pematuhan kepada dasar perjawatan serta semak imbang melalui audit perjawatan bagi memastikan akauntabiliti dan mengelakkan ketirisan, khususnya dalam aspek pengurusan kewangan dan aset yang terkait dengan struktur organisasi dan jumlah perjawatan. Selain itu, TSPA ini juga menekankan kecekapan pengurusan sumber manusia menggunakan sistem saraan berasaskan produktiviti bagi membolehkan fleksibiliti dan mobiliti pegawai awam ke arah meningkatkan kemampanan dasar fiskal negara. TSPA 1 Penggunaan Sumber Secara Optimum
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy