Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 14 ] Strategi dan Pelan Tindakan JPA Merupakan aspek operasi pelan strategik dengan memberi perincian strategi bagi mencapai objektif setiap TSPA dan program-program yang akan dilaksanakan oleh JPA bagi setiap strategi. Setiap program ditentukan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), sasaran, tempoh masa, dan Bahagian/ Unit yang bertanggungjawab bagi memudahkan pelaksanaan dan pemantauan. Rantaian ke Hadapan Bab terakhir ini menyentuh tadbir urus pelaksanaan dan pemantauan pelan strategik bagi memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai. Bab ini juga mengenal pasti faktor-faktor kejayaan kritikal bagi pelaksanaan PSJPA 2026–2030. Intisari Kandungan PSJPA 2026–2030 Bab 1 Aspirasi Nasional Menjelaskan aspirasi nasional yang mana PSJPA 2026–2030 dijajarkan iaitu Malaysia MADANI, Ekonomi MADANI, RMK-13 dan ARPA, serta pertautannya dengan penghayatan nilai oleh pegawai awam dalam menjayakan pelan strategik. Teras Strategik Perkhidmatan Awam (TSPA) Menerangkan TSPA sebagai dimensi generik dalam pembangunan dan pengurusan sumber manusia, tadbir urus organisasi dan penyampaian perkhidmatan sektor awam. Bab ini turut menerangkan bagaimana TSPA ini boleh diadaptasi oleh organisasi awam dalam membangunkan pelan strategik masing-masing. Kerangka PSJPA 2026–2030 Membentangkan visual kerangka pelan strategik yang menunjukkan pertautan antara TSPA, Visi, Misi JPA, dan nilai-nilai pegawai awam, serta mengandungi penjelasan ringkas bagi setiap komponen. Bab 2 Bab 3 Bab 4 Bab 5 Dokumen PSJPA 2026–2030 dicerakinkan kepada lima bahagian (Bab) seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy