Teras Strategik Perkhidmatan Awam dan Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2026-2030

PELAN STRATEGIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2026-2030 [ 12 ] Ciri-Ciri PSJPA 2026-2030 Memandangkan PSJPA 2026–2030 dibangunkan berdasarkan dimensi generik TSPA yang berkait dengan fungsi teras JPA sebagai agensi pusat dalam bidang PSMSA dan perluasan fungsi dalam aspek penyampaian perkhidmatan, pemakaian pelan strategik ini tidak terhad kepada JPA sahaja malah meliputi keseluruhan perkhidmatan awam. Ini kerana PSJPA 2026 – 2030 dirangka berdasarkan prinsip tiga peranan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), iaitu: • Institusi KPPA; • Ketua Perkhidmatan; dan • Ketua Jabatan. Peranan Institusi KPPA merujuk kepada kedudukan JPA sebagai agensi pusat yang merancang, menggubal dan menyelaras pelaksanaan dasar berkaitan pembangunan dan pengurusan sumber manusia sektor awam. Peranan Ketua Perkhidmatan merujuk kepada tanggungjawab pengurusan perjawatan dan penambahbaikan skim perkhidmatan, pengendalian urusan personel dan perkhidmatan, perancangan pembangunan modal insan serta perancangan dan pelaksanaan program kemajuan kerjaya. Peranan Ketua Jabatan pula merujuk kepada tanggungjawab KPPA sebagai Pegawai Pengawal dalam pengurusan dan hal ehwal pentadbiran dalaman JPA, termasuklah pengurusan sumber manusia, kewangan, aset dan keselamatan. Berdasarkan prinsip tiga peranan ini, perkara-perkara atau aktiviti yang melibatkan peranan Institusi KPPA dan Ketua Perkhidmatan akan membentuk strategi dan program yang bersifat makro dalam PSJPA 2026–2030. Pelaksanaan dan pemakaian serta kumpulan sasarannya melibatkan keseluruhan perkhidmatan awam. Manakala aktiviti-aktiviti berkaitan peranan Ketua Jabatan pula akan membentuk strategi dan program yang bersifat mikro. Pelaksanaannya adalah di peringkat dalaman JPA sebagai sebuah organisasi. Pelaksanaan bagi strategi dan program makro akan melibatkan Bahagian/ Unit yang menjalankan fungsi teras JPA dan bagi strategi dan program mikro pula akan dilaksanakan oleh Bahagian/ Unit yang menjalankan fungsi sokongan kepada JPA.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy