Sejahtera Milik Kita
BUDAYA ORGANISASI YANG MEMBERI SOKONGAN Fairuz Ibrahim PENGENALAN Budaya organisasi memainkan peranan penting dalam kejayaan dan keberkesanan sebuah organisasi. Berdasarkan landskap perkembangan industri yang moden, dinamik dan persaingan sengit yang sering berlaku, kepentingan budaya organisasi tidak boleh diabaikan. Bahkan ia juga merupakan daya yang tidak kelihatan yang membentuk sikap, tingkah laku dan interaksi individu dalam sebuah organisasi untuk mencapai matlamat dan objektif yang sama. (Warrick, 2017). Budaya organisasi yang kukuh membentuk persekitaran untuk pekerja berasa dihargai, terlibat dan bermotivasi untuk menyumbangkan usaha terbaik mereka. Malah ia turut merangsang inovasi serta kerjasama kepada perkembangan dan pertumbuhan organisasi. Hakikatnya, budaya organisasi bukanlah aspek sampingan dalam pengurusan tetapi penentu asas prestasi organisasi dan kejayaan jangka panjang. Ini menunjukkan bahawa budaya organisasi berpengaruh secara signifikan terhadap komitmen dalam organisasi (Liany, 2021). Oleh yang demikian, artikel ini dihasilkan untuk menyelami peranan penting budaya organisasi dalam meneroka penglibatan pekerja, inovasi, komunikasi, pengurusan bakat, dan prestasi keseluruhan. Analisis secara mendalam dinyatakan di dalam artikel ini berkaitan kepentingan budaya organisasi ke arah menyokong keberkesanan dan kejayaan bagi mendepani senario organisasi yang kompetitif pada hari ini.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy