Sejahtera Milik Kita
PRAKATA Kompilasi Artikel Sejahtera Milik Kita ini memberi fokus kepada tiga tema utama iaitu Memperkasa Nilai Penjawat Awam, Menyantuni Hasrat Membina Citra dan Meningkatkan Kesejahteraan Psikologi. Tema pertama mengupas mengenai citra pegawai awam yang mencerminkan keperibadiannya memberi impak kepada persepsi rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan secara keseluruhan. Kepentingan pegawai awam untuk berpegang kepada nilai dalam menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Pegangan nilai seseorang individu tidak hanya mempengaruhi tingkah laku, tetapi juga memainkan peranan besar dalam menentukan tahap kesejahteraan psikologi individu tersebut. Pegawai awam yang memegang dan mengamalkan nilai-nilai yang positif, secara tidak langsung dapat meningkatkan kesejahteraan dari aspek mental, emosi, sosial dan profesional serta menyumbang kepada masyarakat dengan sejahtera. Manakala perbincangan tema kedua adalah untuk memastikan perkhidmatan awam yang efisien, berintegriti, produktif dan berdaya saing. Ianya melibatkan penekanan terhadap etika kerja, ketelusan, tanggungjawab dan kepimpinan yang berwibawa. Program latihan dan pembangunan yang berterusan serta pengukuhan budaya profesionalisme adalah kunci utama penjawat awam untuk beradaptasi dengan perubahan. Usaha ini untuk meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan dan memastikan perkhidmatan awam yang cekap dan dihormati. Seterusnya tema ketiga adalah kaedah untuk meningkatkan kesejahteraan psikologi adalah usaha penting untuk memastikan pegawai awam berada dalam keadaan yang sejahtera, empati dan berdaya tahan. Ia adalah penting untuk memastikan pelaksanaan tugas dengan cekap, berkesan serta peningkatan kualiti perkhidmatan awam yang disediakan kepada rakyat.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy