Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1

9 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 SKOP Polisi Keselamatan Siber (PKS) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meliputi semua aspek pengurusan, perlindungan dan penggunaan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang digunakan dalam menyokong operasi, perkhidmatan serta fungsi teras jabatan. Skop ini merangkumi: 1. Data dan Maklumat Semua data dan maklumat elektronik dan bercetak yang disimpan atau digunakan di pelbagai media termasuk prosedur, manual pengguna, sistem dokumentasi, rekod, pangkalan data dan lain-lain; 2. Peralatan ICT Semua peralatan komputer seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak, media storan, pelayan, firewall , peralatan multimedia & komunikasi dan alat sokongan yang lain; 3. Perisian Semua jenis perisian yang digunakan untuk mengendali, memproses, menyimpan dan menghantar data atau maklumat. Ini termasuk sistem aplikasi seperti HRMIS, eSILA, EPSA dan perisian sistem seperti Windows, LINUX dan perisian utiliti, perisian komunikasi, sistem pengurusan pangkalan data, kod sumber dan lain-lain; 4. Perkhidmatan Perkhidmatan atau sistem yang menyokong aset lain untuk melaksanakan fungsi- fungsinya. Contoh: i. perkhidmatan rangkaian seperti LAN, WAN dan lain-lain; ii. sistem halangan akses seperti sistem kad akses; dan iii. perkhidmatan sokongan seperti kemudahan elektrik, pendingin hawa, sistem pencegah kebakaran dan lain-lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy