Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1

7 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 PENGENALAN Polisi Keselamatan Siber (PKS) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi semasa menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Polisi ini juga menjelaskan tanggungjawab serta peranan pengguna dalam memastikan keselamatan dan perlindungan aset ICT JPA. Polisi Keselamatan Siber (PKS) JPA disediakan berpandu kepada piawaian antarabangsa ISO/IEC 27001:2022 Information Security, Cybersecurity and Privacy Protection - Information Security Management Sistems. OBJEKTIF Objektif utama PKS adalah seperti yang berikut: 1. Memastikan kelancaran operasi jabatan yang berlandaskan ICT dengan mencegah serta meminimumkan risiko kerosakan atau kemusnahan aset ICT jabatan; 2. Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat daripada kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, tidak boleh disangkal, ketersediaan dan kesahihan; 3. Meminimumkan kos penyelenggaraan ICT akibat ancaman dan penyalahgunaan aset ICT; 4. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan ICT kepada kakitangan, pengguna dan Pihak Berkepentingan; dan 5. Mematuhi keperluan perundangan, standard, pekeliling dan prosedur yang sedang berkuat kuasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy