Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1
45 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 ii. pengendalian maklumat; iii. menentukan pemilikan harta intelek; iv. pemindahan maklumat sekiranya berlaku pertukaran Pihak Berkepentingan; v. pengurusan rekod; vi. pemulangan aset; vii. penyerahan dokumen berkaitan; viii. pelupusan maklumat dan aset lain berkaitan secara selamat; dan ix. keperluan kerahsiaan yang berterusan. n) tahap keselamatan kakitangan dan keselamatan fizikal yang perlu dipatuhi Pihak Berkepentingan dengan mematuhi, tetapi tidak terhad kepada keperluan berikut: i. Polisi Keselamatan Siber (PKS) JPA; ii. Akta Rahsia Rasmi 1972; dan o) melepasi tapisan keselamatan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO). 1.20 Keselamatan Maklumat Dalam Perjanjian Pihak Berkepentingan Objektif Memastikan keselamatan maklumat dengan Pihak Berkepentingan melalui perjanjian yang telah dipersetujui. 1.20.1 Kawalan Keselamatan Maklumat Melalui Perjanjian dengan Pihak Berkepentingan Tanggungjawab Perjanjian dengan Pihak Berkepentingan perlu diwujudkan untuk memastikan pemahaman yang jelas antara JPA dan Pihak Berkepentingan mengenai tanggungjawab kedua-dua pihak. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) keterangan serta kaedah maklumat yang boleh diakses; b) pengelasan klasifikasi maklumat berdasarkan kategori rekod rasmi Kerajaan; c) keperluan undang-undang, peraturan dan kontrak, termasuk perlindungan data, pengendalian maklumat pengenalan peribadi, hak harta intelek dan hak cipta; d) kewajipan mematuhi kontrak perjanjian yang dipersetujui termasuk mematuhi keperluan keselamatan yang telah ditetapkan oleh JPA; e) peraturan penggunaan maklumat dan aset lain yang berkaitan; Pengurus ICT Pihak Berkepentingan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy