Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1
43 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 g) memastikan bahawa hak akses diaktifkan selepas prosedur pengesahan diluluskan; h) memastikan rekod hak akses serta perubahan hak akses diuruskan dengan baik; i) melaksanakan perubahan hak akses pengguna yang telah bertukar peranan atau bertukar keluar; dan j) menamatkan atau mengemas kini hak akses. 1.18.2 Semakan Hak Akses Tanggungjawab i. Semakan hak akses perlu dilaksanakan sekiranya berlaku perkara berikut : a) berlaku perubahan dalam JPA seperti pertukaran kerja, kenaikan pangkat, penurunan pangkat atau penamatan; dan b) terdapat penambahan/ pengurangan pengesahan hak akses (privilege access rights) selepas diluluskan. ii. Semakan hak akses pengguna perlu dilakukan secara berkala atau sekurang-kurangnya satu kali setahun atau mengikut keperluan. Pentadbir Sistem Aplikasi Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan 1.18.3 Pertimbangan Sebelum Pertukaran atau Penamatan Pekerjaan Tanggungjawab Hak akses pengguna kepada maklumat dan aset lain yang berkaitan perlu disemak, diselaraskan atau dinyahaktifkan sebelum sebarang perubahan atau penamatan berdasarkan penilaian faktor risiko seperti yang berikut: a) pengguna atau pengurusan mengemukakan sebarang permohonan penamatan dan perubahan; b) tanggungjawab semasa pengguna; dan c) nilai aset yang boleh dicapai. Pengurus ICT Pentadbir Sistem Aplikasi Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan 1.19 Keselamatan Maklumat dengan Pihak Berkepentingan Objektif Memastikan semua Pihak Berkepentingan adalah tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa. 1.19.1 Keselamatan Maklumat ke Atas Pihak Berkepentingan Tanggungjawab Keselamatan maklumat ke atas Pihak Berkepentingan hendaklah mematuhi perkara seperti berikut: Pengurus ICT Pentadbir Sistem
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy