Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1

37 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 ii. perubahan peranan: bertukar bidang tugas kerja yang tidak lagi memerlukan capaian ke sistem kritikal tersebut dalam tempoh 24 jam; iii. pergerakan perkhidmatan: bertukar ke agensi lain atau tamat tempoh kontrak/sambilan dalam tempoh 24 jam; dan iv. penamatan perkhidmatan: bersara, meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan oleh pihak berkuasa melantik dibatalkan atau dihapuskan serta merta. 1.15.3 Hak Capaian Tanggungjawab Penetapan dan penggunaan ke atas hak capaian perlu diberi kawalan dan penyeliaan yang ketat, atas prinsip perlu mengetahui (need-to-know-basis). Keperluan capaian hendaklah sentiasa dipantau dan dikemas kini bagi memastikan hak capaian ini diberikan kepada pengguna yang dibenarkan sahaja. iv. ICTSO v. Pengurus ICT Pentadbir ICT 1.15.4 Capaian Sistem Pengoperasian Tanggungjawab Kawalan akses terhadap sistem pengoperasian perlu dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang capaian komputer yang tidak dibenarkan. Kemudahan keselamatan (security features) dalam sistem operasi perlu digunakan untuk: a) Mengehadkan atau menghalang capaian terhadap sistem komputer; b) Mengenalpasti identiti/ terminal/ lokasi bagi setiap pengguna yang dibenarkan; c) merekodkan capaian yang berjaya dan gagal; d) membolehkan pengesahan kata laluan dilaksanakan berdasarkan kriteria kata laluan yang kukuh; dan e) mewujudkan jejak audit ke atas semua capaian sistem pengoperasian terutama pengguna bertaraf super user; vi. ICTSO vii. Pengurus ICT Pentadbir Pusat Data 1.15.5 Capaian Aplikasi dan Maklumat Tanggungjawab a) bertujuan melindungi sistem maklumat dan aplikasi sedia ada daripada sebarang bentuk capaian yang tidak dibenarkan yang boleh menyebabkan kerosakan. b) capaian sistem dan aplikasi di JPA adalah terhad kepada pengguna dan tujuan yang dibenarkan. Bagi memastikan kawalan capaian sistem dan aplikasi adalah kukuh, langkah- langkah berikut perlu dipatuhi: ICTSO Pengurus ICT Pentadbir Sistem Aplikasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy