Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1

33 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 1.10.2 Pengendalian Maklumat dan Aset ICT Tanggungjawab Pengendalian Aset ICT hendaklah dilaksanakan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan serta mana-mana peraturan yang sedang berkuat kuasa. Aktiviti pengendalian maklumat seperti mengumpul, memproses, menyimpan, menghantar, menukar dan memusnahkan hendaklah mengambil kira langkah-langkah keselamatan berikut: a) menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan; b) memeriksa maklumat dan menentukan maklumat tepat dan lengkap dari semasa ke semasa; c) menentukan maklumat sedia untuk digunakan; d) menjaga kerahsiaan kata laluan; dan e) mematuhi standard, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan, Warga JPA 1.11 Pemulangan Aset ICT Objektif Memastikan proses pemulangan aset ICT dilaksanakan apabila berlaku perubahan dan penamatan perkhidmatan, kontrak atau perjanjian. 1.11.1 Pemulangan Aset ICT Tanggungjawab Memastikan semua Aset ICT dikembalikan kepada JPA mengikut peraturan dan terma perkhidmatan yang ditetapkan bagi pegawai yang: a) bertukar keluar; b) bersara; c) meninggal dunia; d) ditamatkan perkhidmatan; dan e) diarahkan oleh Ketua Jabatan. i. Warga JPA ii. Pegawai Aset Pembantu Pegawai Aset 1.11.2 Peminjaman Aset ICT Tanggungjawab Tatacara peminjaman aset adalah seperti yang berikut: a) mendapatkan kelulusan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh JPA bagi membawa keluar aset ICT bagi tujuan yang dibenarkan; i. Pentadbir Aset ICT ii. Pemilik Aset

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy