Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1
21 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 i) melaporkan sebarang pelanggaran keselamatan portal/ laman web kepada ICTSO. 1.3.1.4 Pentadbir Pusat Data Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Pusat Data adalah seperti yang berikut: a) memastikan persekitaran fizikal pusat data berada dalam keadaan baik dan selamat; b) memastikan keselamatan data dan sistem aplikasi yang berada dalam pusat data; c) menjadualkan dan melaksanakan proses backup dan restoration ke atas pangkalan data dan sistem secara berkala; d) menyediakan perancangan Pelan Pemulihan Bencana (DRP); e) memastikan pusat data sentiasa beroperasi mengikut prosedur yang telah ditetapkan; f) melaporkan sebarang pelanggaran keselamatan Pusat Data JPA kepada ICTSO; dan g) memastikan maklumat perhubungan perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. Pentadbir Pusat Data 1.3.1.5 Pentadbir Sistem Aplikasi Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab Pentadbir SistemAplikasi adalah seperti yang berikut: a) mengkaji cadangan pembangunan, pembaikan, penyelarasan, penambahbaikan, pelaksanaan, pemantauan dan penyelenggaraan sistem di JPA; b) menyediakan dokumentasi sistem dan manual pengguna; c) kawalan capaian ke atas sistem bagi mengelakkan dari penyalahgunaannya; d) memastikan kelancaran operasi sistem aplikasi supaya perkhidmatan yang disediakan tidak terjejas; e) memastikan kod-kod program sistem aplikasi adalah selamat daripada penggodam sebelum sistem tersebut diaktifkan penggunaannya; f) mematuhi dan melaksanakan prinsip-prinsip PKS dalam pewujudan akaun pengguna ke atas setiap sistem aplikasi; dan g) melaporkan kepada ICTSO jika berlakunya insiden keselamatan ke atas sistem aplikasi. Pentadbir Sistem Aplikasi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy