Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.1
16 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.1 1.2 Peranan dan Tanggungjawab Keselamatan Maklumat Objektif Mewujudkan struktur, peranan dan tanggungjawab dalam pengurusan keselamatan maklumat di JPA. 1.2.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab KPPA adalah seperti yang berikut: a) memastikan semua keperluan jabatan seperti sumber kewangan, sumber kakitangan dan perlindungan keselamatan ICT JPA adalah mencukupi; dan b) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT). Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) 1.2.2 Ketua Pegawai Maklumat (CDO) Tanggungjawab Jawatan Ketua Pegawai Digital (CDO) adalah disandang oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). Peranan dan tanggungjawab CDO adalah seperti yang berikut: a) meneraju inisiatif pendigitalan di kementerian/agensi melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital; b) mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital; c) mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di kementerian/ agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-Of- Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul; d) menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan; e) meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian/ Negeri/ Agensi dengan: i. memastikan PSP agensi selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Perubahan; ii. memastikan blueprint Enterprise Architecture (EA) agensi tersedia; dan CDO
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy