Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

2 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Negaraku Malaysia Penjawat awam adalah nadi utama dan tonggak penting dalam jentera pentadbiran Kerajaan. Pengurusan sumber manusia yang cemerlang menjadi fokus utama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam agenda pembangunan modal insan Perkhidmatan Awam Malaysia. Dalam hal ini, peranan JPA perlu selari dengan tahap kemajuan negara dan matlamat pembangunan masa hadapan yang ditetapkan Kerajaan. Atas dasar ini, JPA akan terus menjadi agensi peneraju dalam melahirkan modal insan yang berkualiti, berkebolehan, tangkas, serta memenuhi ekspektasi pelanggan dan pemegang taruh ( stakeholder ), bersiap siaga bagi menghadapi dan menangani cabaran dalaman negara mahupun globalisasi. Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2017-2020 adalah penting dan kritikal bagi meneruskan kecemerlangan organisasi yang sentiasa mengutamakan amalan budaya kerja berprestasi tinggi. Pelan Strategik ini akan dijadikan pedoman yang dapat memacu warga JPA ke arah pembentukan nilai kerja yang lebih berkualiti selaras dengan tranformasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Saya menaruh harapan yang tinggi agar Pelan Strategik ini menjadi pemangkin kepada kesinambungan pelaksanaan Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam dalam meningkatkan kompetensi sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam. JPA perlu terus berusaha supaya kekal relevan bagi memastikan kebitaraan modal insan Perkhidmatan Awam memiliki daya saing yang tinggi untuk mencapai matlamat negara maju menjelang tahun 2020. Keunggulan peranan JPA juga perlu diteruskan lagi dalam perancangan dan pembangunan modal insan generasi baharu “Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam ini akan dijadikan pedoman yang dapat memacu warga Jabatan Perkhidmatan Awam ke arah pembentukan nilai kerja yang lebih berkualiti selaras dengan tranformasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy