Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

63 Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2017-2020 ini digerakkan dengan iltizam warga JPA bagi memastikan kejayaan dan aspirasi nasional seperti yang disasarkan melalui Rancangan Malaysia Kesebelas akan tercapai. Pelan Strategik ini juga bertujuan untuk mengukuhkan komitmen JPA bagi memacu dan meneraju Transformasi Perkhidmatan Awam untuk memberikan perkhidmatan yang berprestasi tinggi, dinamik dan berjiwa rakyat. Pelan Strategik ini turut mengambilkira senario masa hadapan dan tren terkini yang mempunyai implikasi kepada Perkhidmatan Awam khususnya dalam aspek bakat, organisasi, sistem penyampaian perkhidmatan, keterangkuman dan nilai. Setiap strategi dan program yang dirancang mempunyai petunjuk prestasi yang jelas bagi memastikan keberhasilan yang bermanfaat dan mempunyai nilai tambah kepada Perkhidmatan Awam. Pelan Tindakan turut memfokuskan kepada pelaksanaan yang kreatif dan sistematik bagi mewujudkan impak tinggi dengan kos yang optima dan perbelanjaan berhemah. Setiap warga JPA bertanggungjawab untuk memastikan pencapaian visi dan misi Pelan Strategik ini. Komitmen, kesungguhan, ketekunan dan kerjasama yang jitu di kalangan warga JPA termasuk pelanggan dan pemegang taruh ( stakeholders ) amat diperlukan dalam mencapai objektif dan sasaran yang telah ditetapkan. Adalah diharapkan kolaborasi strategik seperti ini akan melonjakkan lagi lakaran kecemerlangan Perkhidmatan Awam Malaysia khususnya di JPA.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy