Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

44 Teras Strategik Berdasarkan isu-isu strategik yang dikenalpasti, lima (5) Teras Strategik telah dibangunkan iaitu Mendaya Upaya Bakat; Merekayasa Organisasi; Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan; Merangkum dan Sepunya dan Membudayakan Nilai. Perspektif yang dilihat adalah melalui penggunaan teknologi, perekayasaan organisasi dan pemerkasaan proses kerja. Keberhasilan keseluruhan yang diharapkan adalah pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam yang strategik; strukltur organisasi yang anjal dan kejat; melahirkan penjawat awam yang inovatif, kreatif, relevan, berpengetahuan, berkemahiran dan berintegriti; mengukuhkan strategi pengurusan sumber manusia; membangunkan kompetensi dan kepimpinan perkhidmatan awam; peningkatan motivasi; dan pembentukan budaya kerja berprestasi tinggi. Keberhasilan ini disasarkan melalui pelaksanaan 15 strategi, 29 petunjuk prestasi dan 59 program bagi mencapai visi dan misi JPA.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy