Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

42 Perkhidmatan Awam Malaysia perlu kekal berdaya saing di dalam persekitaran global yang kompetitif. Perubahan lanskap persekitaran turut mempengaruhi keperluan kompetensi dan kepakaran yang diperlukan untuk membolehkan Perkhidmatan Awam menangani cabaran mendatang yang semakin kompleks. Program-program seperti program penggantian kepakaran dan mengenalpasti kompetensi baharu yang diperlukan contohnya Big Data Analytics . Inisiatif ini dapat meningkatkan kepakaran dan keupayaan seterusnya mewujudkan penjawat awam yang berkemahiran dan berprestasi tinggi dalam mengharungi perubahan global yang semakin kompleks. Salah satu pendekatan yang dikenalpasti ialah pembangunan sistem pengurusan ilmu untuk memastikan ilmu dan pengetahuan tacit dan explicit dapat disimpan dan dikongsi bagi memastikan kesinambungan budaya ilmu di kalangan penjawat awam. Pendekatan pengurusan ilmu yang komprehensif akan dirangka dan merangkumi pembudayaan pengurusan ilmu, penciptaan, penyimpanan, perkongsian, dan penggunaan ilmu untuk mengasimilasi pengurusan ilmu ke dalam proses kerja organisasi perkhidmatan awam. Tadbir urus yang baik akan memastikan keputusan diambil berasaskan proses yang telus, berintegriti dan pertimbangan yang berlandaskan maklumat dan kompetensi. Perlakuan tidak berintegriti oleh penjawat awam akan menjejaskan imej, kredibiliti dan kepercayaan terhadap Perkhidmatan Awam. RMKe-11 menetapkan JPA sebagai peneraju usaha-usaha memupuk nilai murni di kalangan penjawat awam. Satu kerangka komprehensif pembangunan dan penilaian nilai dan integriti akan dirangka. Keberhasilan yang disasarkan ialah peningkatan imej dan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy