Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

41 Libat urus dengan pelanggan dan pemegang taruh adalah penting bagi memastikan kebersamaan dan keputusan yang diambil oleh Perkhidmatam Awam adalah inklusif dan sepunya. Program-program JPA seperti JPA4U dan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) terbukti sangat berjaya dan akan diperkukuhkan bagi mencapai outcome yang terbaik. Libat urus bersama pihak berkepentingan dalam perancangan dan pengurusan sumber manusia juga akan dipertingkatkan bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan yang bersepadu dan sejajar dengan dasar semasa kerajaan. JPA mensasarkan penyampaian perkhidmatan yang cepat, tepat, proaktif dan responsif. Pelaksanaan NBOS, E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA), perkhidmatan elektronik dan aplikasi mudah alih serta mekanisme alternatif penyampaian perkhidmatan (ASD) akan membantu JPA memanfaatkan maklumat secara real time dan kemahiran yang dimiliki oleh rakan kongsi strategik seperti badan bukan kerajaan (NGO) untuk meluaskan jangkauan perkhidmatan dan mencapai ekspektasi pelanggan dan pemegang taruh . Bakat ialah aset terpenting sesebuah organisasi. Pelan kemajuan kerjaya yang strategik dan komprehensif akan membolehkan JPA menarik, membangun dan mengekalkan bakat terbaik melalui program pembangunan bakat, dasar latihan yang strategik, tajaan latihan pra dan dalam perkhidmatan dan pengurusan prestasi yang mantap. Ini akan meningkatkan profil perkhidmatan awam dan membolehkan pelaburan dalam pembangunan bakat dimanfaat sepenuhnya melalui penempatan yang bersesuaian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy