Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

40 Keperluan ini timbul bagi membolehkan hala tuju pengurusan sumber manusia Perkhidmatan Awam kekal relevan pada masa akan datang. Aplikasi futuring dan perancangan senario akan membolehkan implikasi megatrends diuji terhadap kompetensi dan daya tahan sumber manusia perkhidmatan awam. Laporan “ The Future of Malaysian Public Service 2020 and Beyond ” yang menggariskan 25 aspek utama yang akan memberi kesan kepada Perkhidmatan Awam perlu dirujuk dalam merancang dan membuat unjuran keperluan sumber manusia. Kerajaan di seluruh dunia menghadapi cabaran yang makin kompleks kerana ketidaktentuan ekonomi, perubahan teknologi, budaya dan demografi serta kesukaran menarik dan mengekalkan bakat terbaik. Ini memerlukan Perkhidmatan Awam yang lebih cekap, produktif dan terbuka dalam penyampaian perkhidmatan. Tindakan untuk merasionalisasi agensi-agensi awam perlu untuk mengelak pertindanan fungsi dan mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih kejat dan anjal. Kajian impak perlu dilaksanakan untuk mengkaji keberkesanan dasar yang dilaksanakan dan mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad. Persekitaran kerja yang fleksibel dan kondusif adalah penting untuk memastikan motivasi dan komitmen penjawat awam dalam melaksanakan tugas. Pengenalan Flexible Working Arrangement (FWA) dan keseronokan akan meningkatkan kompetensi, inovasi dan sikap positif penjawat awam. Ini juga akan mengukuhkan nilai perkhidmatan berteraskan pelanggan dan produktiviti organisasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy