Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

37 Untuk kekal berdaya saing dan relevan dalam era yang kompetitif, JPA menggalakkan pembudayaan inovasi dalam perkhidmatan awam. Penjawat awam perlu berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan amanah serta tanggungjawab, berusaha mencari jalan penyelesaian yang kreatif dan inovatif di luar kelaziman melalui kerjasama yang inklusif dan holistik. Mentaliti bahawa government knows best tidak seharusnya dibiarkan berterusan kerana perkongsian data dan kerjasama erat di antara perkhidmatan awam, rakyat, dan pihak berkepentingan akan lebih memanfaatkan. NBOS adalah contoh pendekatan kontemporari dan berorientasikan pasaran bagi membudayakan inovasi di kalangan penjawat awam. JPA telah membuktikan kecemerlangan dalam aspek ini melalui pelaksanaan 1Serve seperti yang telah dibincangkan dalam aspek strategi. Penghasilan idea dan produk inovasi dapat meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan. Pelan Inovasi JPA 2016-2020 telah dibangunkan untuk memimpin hala tuju pembudayaan inovasi dalam perkhidmatan awam dan pembentukan warga JPA yang lebih kreatif dan inovatif. Pencapaian JPA dalam aspek inovasi adalah seperti berikut:- 2014 ANUGERAH KEDUDUKAN KATEGORI PROJEK INOVASI BAHAGIAN Konvensyen KIK JPM Ketiga Teknikal Pembaziran Masa Pelanggan Mencari Lokasi Bilik Mesyuarat/Latihan. Saraan Anugerah Inovasi JPM Ketiga ICT Malaysian Student Engagement Online Feed (MySELF) Modal Insan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy