Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

36 masing. Sehingga Januari 2017, JANM melaporkan 3.88% penjawat awam menerima pendapatan bersih kurang daripada 40% daripada emolumen bulanan. (Gambarajah 9: Usaha ke arah pasca 2020 dalam konteks Budaya Kerja) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menyatakan bahawa penjawat awam yang terlibat di dalam keterhutangan kewangan yang serius dan diisytiharkan bangkrap disifatkan telah memburukkan nama perkhidmatan awam dan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Dalam hal ini, surat edaran JPA bertarikh 28 Disember 2005 menekankan peranan pemantauan proaktif dan berterusan oleh Ketua Jabatan ke atas kedudukan pendapatan bersih penjawat awam iaitu masing-masing tidak kurang daripada 40% dari emolumen bulanan agar mereka tidak termasuk dalam keterhutangan kewangan yang serius. Langkah-langkah ini adalah sebahagian daripada usaha JPA untuk menutup ruang dan peluang perlakuan tidak berintegriti di kalangan penjawat awam dan menyuntik nilai kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam perkhidmatan awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy