Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

35 penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013. Unit Integriti mempunyai enam (6) fungsi teras iaitu Tadbir Urus, Pengukuhan Integriti, Pengesanan Pengesahan, Pengurusan Aduan Menerima dan Pematuhan Terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan Urusan Tatatertib. Tindakan pencegahan ialah pusingan kerja bagi mengelakkan penjawat awam menjawat jawatan sensitif seperti pengurusan dana/geran, permit/lesen dan penguatkuasaan undang-undang untuk tempoh melebihi 5 tahun. Sehingga April 2016, seramai 238 pemegang jawatan sensitif dalam perkhidmatan awam Persekutuan telah ditukar ke jawatan lain. Dalam konteks pengauditan, JPA mencatatkan skor yang sangat baik dalam Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti dari tahun 2013 hingga 2015 seperti berikut: - (Graf 4: Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti dari 2013 - 2015) Nilai taat setia kepada negara juga adalah penting untuk mencapai Wawasan 2020 dan TN50. Pendekatan yang telus dan terbuka akan membolehkan penjawat awam memelihara keutuhan institusi perkhidmatan awam daripada kecelaruan politik dan anasir negatif. Salah satu perkara yang menjadi tumpuan JPA dalam pemupukan nilai taat setia ialah masalah keberhutangan serius di kalangan penjawat awam. Keberhutangan serius ini ditafsirkan melalui jumlah pendapatan bersih bulanan penjawat awam yang kurang daripada 60% daripada emolumen bulanan setelah mengambilkira potongan-potongan yang telah dibenarkan oleh Ketua Jabatan terhadap slip gaji penjawat awam. Tahap keberhutangan di kalangan penjawat awam dapat dipantau oleh Kerajaan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) iaitu melalui jumlah potongan pinjaman penjawat awam melalui slip gaji masing-

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy