Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

34 07 Aspek Budaya dan Nilai Sebagai penasihat utama Kerajaan dalam pengurusan sumber manusia sektor awam, JPA perlu mempunyai keupayaan berikut: - i) Kepakaran analitikal dan keupayaan diagnosis; ii) Futures thinking dan scenario planning (FTSP) untuk meninjau cabaran dan peluang baharu; iii) Kebolehan untuk menggabung dan menggembleng sokongan semua pihak untuk menjayakan misi nasional seperti TN50; iv) Pengurusan perubahan yang efektif; dan v) Pembangunan budaya dan pemupukan nilai teras dan asas yang sama dan saling melengkapi untuk semua penjawat awam. Kepercayaan dan keyakinan rakyat adalah asas kepada kejayaan pelaksanaan sesuatu dasar dan program yang dirancang oleh kerajaan. Kepercayaan dan keyakinan ini boleh diperoleh melalui nilai-nilai integriti dan akauntabiliti yang diamalkan oleh penjawat awam. Amalan budaya kerja yang cemerlang dengan nilai dan etika yang kukuh, menjunjung dan menegakkan prinsip integriti dan akauntabiliti adalah asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti sesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi mengamalkan etika kerja yang positif dan berteraskan integriti. Selain itu, dasar pengurusan sumber manusia yang diterajui JPA bertujuan melahirkan penjawat awam yang meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan sendiri. Pada tahun 2016, beberapa kes penahanan penjawat awam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan berkaitan rasuah telah dilaporkan. Ini mencalar reputasi dan imej perkhidmatan awam, sekaligus menghakis kepercayaan dan keyakinan rakyat. Dari 2013 hingga 2016, sejumlah 199 kakitangan awam telah disabitkan hukuman tatatertib kerana kesalahan berkaitan rasuah. Daripada jumlah itu, 66 dikenakan hukuman buang kerja, 22 turun pangkat dan 26 turun gaji. Hukuman-hukuman lain yang dikenakan termasuk tangguh pergerakan gaji, lucut hak emolumen, denda dan amaran. Langkah-langkah yang diambil untuk mencegah rasuah di kalangan penjawat awam bukan sahaja bergantung kepada tindakan punitif seperti tindakan tatatertib, tetapi juga kawalan dalaman seperti

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy