Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

32 dan ke arah mencapai aspirasi TN50. Pembaharuan dan pengukuhan strategi ini memerlukan perkhidmatan awam yang lebih kejat, memudah cara, cekap dan produktif, berkemahiran, terbuka, inovatif dan kurang birokratik dalam menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat dan negara. Di bawah NBOS, JPA adalah antara agensi yang terkehadapan dalam menyahut cabaran melaksanakan inisiatif-inisiatif baharu untuk meluaskan akses rakyat kepada perkhidmatan awam. Program 1Pesara dan 1Serve merupakan antara program bitara yang menjadi testimoni keunggulan JPA dalam menjuarai era new normal demi memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. 1Serve bertujuan untuk melakukan lonjakan berganda terhadap sistem penyampaian perkhidmatan petugas barisan hadapan sektor awam. Keberkesanan inisiatif 1Serve ini disemarakkan lagi dengan penawaran perkhidmatan daripada Kaunter 1Serve JPA4U kini menawarkan perkhidmatan berkaitan tugas utama JPA dan tiga (3) agensi iaitu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Antara mekanisme baharu untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan ialah Penyampaian Perkhidmatan Alternatif atau Alternative Service Delivery (ASD). JPA telah mengorak langkah ke arah ini melalui penyerahan operasi pengurusan pencen pesara awam kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada tahun 2016. Menyedari kepentingan meningkatkan urus libat dengan pelbagai pihak, penjenamaan semula JPA4U telah diperkenalkan pada tahun 2015 untuk menyemarakkan semangat esprit de corp di kalangan warga JPA melalui penganjuran program dan aktiviti turun padang. JPA4U ialah identiti JPA. Antara program yang telah dilaksanakan ialah Karnival JPA4U, Persada Transformasi Perkhidmatan Awam, NBOS JPA Outreach Programme , Persada Inovasi Perkhidmatan Awam dan Lab Transformasi Perkhidmatan Awam. Dapatan Kajian Kepuasan Pelanggan JPA adalah seperti berikut: -

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy