Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

31 06 Aspek Strategi Perubahan teknologi, budaya dan demografi serta pengaliran wang, barangan dan pergerakan manusia yang semakin cepat dan pantas menjadikan kerajaan di seluruh dunia berhadapan dengan cabaran yang semakin kompleks dan tidak menentu. Peningkatan taraf hidup dan kualiti pendidikan menjadikan rakyat semakin sofistikated dan mempunyai ekspektasi tinggi terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan awam. Dalam hal ini, analisis terhadap aspek strategi menunjukkan bahawa wujud keperluan untuk mengguna pakai model dan strategi baharu penyampaian perkhidmatan sejajar dengan teknologi terkini, norma dan ekspektasi rakyat. (Gambarajah 8: Usaha ke arah pasca 2020 dalam konteks Strategi) Model dan strategi penyampaian perkhidmatan yang baharu perlu menjadi kos efektif dan mempunyai pembaharuan yang ketara untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Pembaharuan sama ada dari segi teknologi, proses kerja dan penggunaan sumber secara optimum akan menjadikan perkhidmatan awam lebih bersedia dan relevan dalam memenuhi permintaan dan ekspektasi rakyat menjelang tahun 2020

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy