Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

30 (Gambarajah 7: Jangkaan perubahan demografi) Perkembangan ICT dan teknologi akan menghakis dimensi ruang dan sempadan dalam ekosistem persekitaran kerja. Penjawat awam boleh bekerja “di mana-mana sahaja” dan “pada bila-bila masa” sebagai sebahagian daripada budaya kerja fleksibel. Perkembangan ini memberi peluang untuk mewujudkan persekitaran kerja yang fleksibel dan kondusif untuk produktiviti melalui kajian pelaksanaan Flexible Working Arrangement (FWA). JPA juga boleh mengoptimumkan bakat terbiar di kalangan orang kelainan upaya (OKU) bagi tugas- tugas yang tidak memerlukan ruang pejabat contohnya operator telefon, juruaudit, dan editor. Persekitaran dan budaya kerja yang lebih fleksibel dan tidak rigid akan mengurangkan persepsi negatif di kalangan generasi millenia dan menggalakkan mereka memilih perkhidmatan awam sebagai kerjaya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy