Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

29 menarik lebih ramai pelajar belajar di IPT dalam negara perlu dipergiatkan. Penghantaran pelajar ke luar negara wajar dihadkan kepada 10 universiti terkemuka dunia dan juga ke negara yang mempunyai perjanjian persefahaman antara Kerajaan. dan; 3. Pulangan Pelaburan Kerajaan Modal insan merupakan pelaburan terpenting Kerajaan bagi pembangunan sesebuah negara. Adalah menjadi hasrat Kerajaan supaya hasil pelaburan ini memberi pulangan positif dalam usaha melahirkan modal insan berdaya saing. Namun begitu pihak Kerajaan masih belum dapat mencapai jumlah yang sempurna. Dalam hubungan ini, bagi kes-kes pelajar yang melibatkan pelanggaran kontrak usaha-usaha perlu dipergiatkan untuk mendapatkan pulangan pelaburan melalui penguatkuasaan bayaran balik penajaan yang lebih cekap serta memperkemaskan kontrak perjanjian sedia ada dengan mengambilkira model amalan terbaik yang dilaksanakan di negara luar seperti Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat. Perubahan demografi ialah satu lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh JPA. Pada tahun 2050, populasi dunia dijangka berjumlah 9.8 bilion berbanding 7.6 billion pada masa ini. Populasi Malaysia dijangka mencecah 35 juta orang dengan lebih daripada 15% dianggarkan berusia 65 tahun dan ke atas. Perubahan ini akan meningkatkan perbelanjaan yang berkaitan dengan umur seperti pencen dan penjagaan kesihatan. The Millennials yang lahir di antara 1980 hingga 2004 ialah kelompok dominan dalam pasaran kerja dengan penguasaan lebih 50% menjelang tahun 2020. Golongan ini cenderung bekerja tanpa komitmen jangka panjang dan sistem ganjaran yang kompetitif. Ini akan mempengaruhi sistem dan prosedur kerja konvensional yang akan berhadapan kesukaran untuk memenuhi kehendak millennials disebabkan oleh prinsip, kaedah dan budaya kerja yang berbeza dan pelbagai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy