Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

28 (Gambarajah 6: Empat Teras Model Penajaan Baharu dan Syarat Pinjaman Boleh Ubah) Manakala bagi penajaan latihan sebelum perkhidmatan Model Baharu Penajaan JPA telah diperkenalkan mulai tahun 2016 yang memberi tumpuan kepada keperluan pembangunan modal insan negara yang merangkumi perkara seperti berikut: 1. Pengurusan Bakat Bagi menarik dan mengekalkan bakat terbaik dalam Perkhidmatan Awam dan negara, penajaan secara strategik dirancang bagi memastikan kesinambungan pembangunan modal insan melalui penajaan berprestij tanpa meminggirkan golongan socially disadvantaged . Penajaan difokuskan kepada bidang-bidang keutamaan yang diperlukan dengan mengambil kira strategi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11). Selaras dengan strategi RMK11 untuk meningkatkan pendapatan dan kekayaan isi rumah B40 dengan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi dan latihan kemahiran, Program Dermasiswa B40 diperkenalkan bagi membantu pelajar lepasan SPM dari kalangan keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya bidang TVET dan sijil professional yang mempunyai prospek tinggi kepada industri. 2. Memartabatkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara Selaras dengan matlamat untuk meningkatkan kecemerlangan IPT tempatan dan memastikan objektif Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan tinggi tercapai, penghantaran pelajar Malaysia wajar dikurang ke luar negara dan usaha-usaha untuk

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy