Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

26 Modal insan yang berdaya saing dan mempunyai kecekapan, pengetahuan, kemahiran, dan bersikap positif akan memangkin peningkatan produktiviti dan menjadikan Perkhidmatan Awam Malaysia bersifat future-ready. Dalam aspek penarikan bakat, perubahan global dalam persekitaran kerja dan tempat kerja telah mewujudkan pertumbuhan pesat pekerja berasaskan pengetahuan yang berkebolehan dalam penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif. JPA telah menyediakan laluan kerjaya seperti Subject-Matter Expert (SME) dan Fast-Track selain laluan kerjaya biasa untuk memperkasa pengurusan bakat dalam perkhidmatan awam melalui penawaran pelan kemajuan kerjaya yang strategik dan komprehensif. Dasar Pemisah ( Exit Policy) telah diperkenalkan bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dalam perkhidmatan awam. Sistem penilaian prestasi sedia memerlukan pendekatan baharu seperti ganjaran berasaskan prestasi. Komponen latihan penting untuk meningkatkan prestasi personel dan mengekalkan kecemerlangan organisasi. Latihan yang berasakan kompetensi dan pembelajaran berterusan akan menggalakkan pembangunan diri, penguasaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi. Ini sejajar dengan peranan JPA untuk membangunkan kompetensi dan kepakaran yang diperlukan oleh Perkhidmatan Awam. Pencapaian latihan warga JPA adalah seperti berikut:-

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy