Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

24 (Gambarajah 4: Usaha ke arah pasca 2020 dalam konteks Rekabentuk Organisasi) Pertindihan fungsi meningkatkan kompleksiti dalam proses birokrasi sedia ada. Contohnya, pengagihan bantuan Kerajaan melibatkan kumpulan sasar oleh pelbagai agensi kerajaan hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Perekayasaan organisasi bertujuan untuk mengelak pembaziran sumber dan mengoptimumkan penggunaan modal insan. Struktur organisasi JPA perlu disusun semula ke arah lebih kejat dan anjal supaya dapat meningkatkan produktiviti JPA. Ini akan memastikan kemampanan pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam merentasi masa walaupun akan berlaku perubahan tampuk kepimpinan dan hala tuju nasional.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy