Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

23 04 Aspek Organisasi Perkhidmatan Awam Malaysia berbentuk piramid dengan 20% daripada keseluruhan jumlah penjawat awam adalah dari kumpulan pengurusan dan profesional manakala 80% adalah kumpulan pelaksana. Trend di peringkat global ialah struktur yang kejat, mendatar, produktiviti dan kualiti berbanding kuantiti. Ini akan mempercepatkan proses pembuatan keputusan, mengurangkan birokrasi dan jurang kuasa dan mewujudkan penggubalan dasar yang inklusif dan sepunya. JPA mempunyai struktur dan lapisan hirarki yang tinggi dan berpusat. Ini mempunyai kesan terhadap produktiviti kerana proses pembuatan keputusan adalah lama, mobiliti sumber manusia yang terhad, dan menghadkan keupayaan untuk mengagihkan sumber ekonomi (modal insan) dengan cepat dan efisien. Perbandingan fungsi sumber manusia dengan United Kingdom, Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Kanada dan Singapura mendapati pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam Malaysia terlalu centralized. JPA bertangungjawab terhadap pembangunan organisasi, perjawatan, pengurusan skim perkhidmatan, ganjaran, pengurusan personel, tajaan dan pencen. Pengukuhan Bahagian Sumber Manusia di agensi pelaksana dan penurunan kuasa bagi fungsi operasi pengurusan sumber manusia oleh JPA kepada kementerian akan memastikan pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam yang efisien dan menyeluruh di agensi masing-masing. JPA akan memfokus kepada penggubalan dasar, khidmat nasihat, penguatkuasaan dan kepatuhan terhadap pekeliling dan kajian impak.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy