Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

21 03 Aspek Kepimpinan Kepimpinan merupakan satu aspek kritikal dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam. JPA ialah penasihat utama kerajaan dalam pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam bagi mencapai Wawasan 2020 dan Aspirasi Nasional 2050 (TN50). Perancangan sumber manusia yang mengambil kira senario masa hadapan akan melahirkan kepimpinan yang teguh, berwawasan, beraspirasi, mempunyai kefahaman politik, dan berminda keusahawanan sosial. Ini membolehkan kepimpinan perkhidmatan awam khususnya di JPA berkomunikasi dan berunding dengan efektif untuk mempertahankan agenda perkhidmatan awam dan mengelakkan konflik. (Gambarajah 3: Usaha ke arah pasca 2020 dalam konteks Kepimpinan) JPA telah meneroka inisiatif strategik baharu di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu Blue Ocean Leadership (B.O.L.) dengan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) sebagai peneraju. INTAN juga mengendalikan kursus dan program kepimpinan sektor awam seperti Advanced Leadership and Management Programme (ALMP), Advanced Leadership Development and Assessment Programme (A-LEAP), Middle Managers Leadership Assessment Programme (M-

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy