Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

19 perkhidmatan awam, Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs) yang merancang dan melaksanakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk perkhidmatan awam dan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang menguruskan sumber manusia, pentadbiran dan kewangan JPA. Juga terdapat 4 unit iaitu Pejabat Penasihat Undang- undang (PUU) yang memberikan khidmat rundingan perundangan, Unit Komunikasi Korporat (UKK) yang bertindak sebagai focal point JPA dalam penyaluran dan penyampaian maklumat di semua peringkat serta mengendalikan media, pelanggan dan stakeholders JPA, Unit Audit Dalam (UAD) yang melaksanakan penilaian dan kawalan dalaman JPA dan Unit Integriti (UI) yang melaksanakan tadbir urus terbaik JPA dan pematuhan kepada peraturan dalaman. Dari segi perjawatan, sejumlah 2363 pegawai bertugas di JPA sehingga Disember 2016. JPA juga mempunyai cawangan pejabat di luar negara yang dikenali sebagai Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) di lokasi berikut:- (Gambarajah 2: Cawangan pejabat JPA di luar negara) Kajian Kepuasan Warga JPA telah mula diperkenalkan sejak tahun 2002 untuk memantau tahap kepuasan serta mengenal pasti tahap kepuasan bekerja warga JPA dan mengenal pasti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Dimensi yang diukur ialah Iklim Organisasi, Kepuasan Kerja, Pembangunan Kerjaya, Persekitaran dan Kemudahan Kerja. Hasil dapatan Kajian Kepuasan Warga JPA bagi tahun 2014-2016 mendapati:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy