Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

18 02 Landskap Semasa JPA JPA berperanan dalam merancang, membangun dan menguruskan sumber manusia perkhidmatan awam. Pelanggannya terdiri daripada penjawat awam, pesara kerajaan, pelajar tajaan JPA dan orang awam. Perkembangan ICT dan perubahan persekitaran menjadikan JPA aktif mempelbagaikan medium perhubungan iaitu secara bersemuka, kaunter 1Serve JPA4U, telefon, emel, surat/faks, media sosial JPA seperti Facebook, Twitter dan Instagram, forum rasmi seperti mesyuarat/lawatan/seminar, program/pameran, program e-Pelanggan (Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya) dan menerusi Sistem Integrasi Maklum Balas (SIMBA). Kemudahan yang disediakan untuk pelanggan termasuk kaunter penyambut tetamu, sistem penggiliran nombor kaunter, ruang menunggu di kaunter/lobi/pejabat, parkir kenderaan, kemudahan untuk OKU dan warga emas, papan petunjuk arah, lif, tandas, surau, kafeteria, refreshment seperti vending machine, water dispenser , biskut dan gula-gula, bahan bacaan seperti akhbar dan majalah, wifi, capaian laman web/portal JPA dan capaian saluran perhubungan seperti sistem maklum balas, emel, telefon dan media sosial. Dari segi struktur organisasi, JPA mempunyai 11 bahagian iaitu Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) yang merancang dan melaksanakan penyelidikan mengenai dasar sumber manusia sektor awam, Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO) yang merancang dan menguruskan perjawatan dan skim perkhidmatan, Bahagian Perkhidmatan (BK) yang menggubal dasar perkhidmatan, urusan perkhidmatan, tatatertib, peperiksaan dan kenaikan pangkat, Bahagiaan Saraan (BS) yang menggubal dan menguruskan gaji, elaun, kemudahan serta perhubungan majikan-pekerja, Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI) yang merancang dan menguruskan dasar dan program penajaan dan latihan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang merancang dan melaksanakan latihan, penyelidikan dan penerbitan untuk pengukuhan dan pembangunan penjawat awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP) yang menggubal dan mengurus dasar persaraan/pencen, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat (BPMS) yang membangun dan menguruskan sistem teras dan generik serta infrastruktur ICT JPA, Bahagian Transformasi Sektor Awam (BTSA) yang meneraju transformasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy