Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

17 ii) Urusan pengambilan yang melibatkan gred lantikan lain perlu mendapat kelulusan JPA; dan iii) Pengisian akibat persaraan, peletakan jawatan, kematian dan penamatan perkhidmatan masih boleh dilaksanakan. Transformasi Perkhidmatan Awam telah dilaksanakan pada tahun 2013 untuk menjadikan perkhidmatan awam lebih anjal dalam memperkukuh kebolehan mengatur strategi, memberi khidmat nasihat kepada kepimpinan negara, dan menggerakkan sumber-sumber secara efektif dan tuntas berdasarkan prinsip do more with less dan value for money . Ini bermakna, perkhidmatan awam perlu memanfaatkan sepenuhnya sumber yang ada untuk memastikan keberhasilan yang lebih tinggi. Ini menuntut penjawat awam untuk berfikir secara kreatif, inovatif dan di luar kotak pemikiran biasa. Mentaliti silo dan bekerja mengikut batasan bidang kuasa agensi masing-masing perlu dipecahkan untuk menghasilkan sinergi bagi meningkatkan nilai tambah perkhidmatan. Oleh itu, Strategi Laut Biru Kebangsaan (NBOS) telah diperkenalkan sejak 2014 untuk menggalakkan perkongsian idea dan sumber merentasi sempadan agensi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy