Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

16 34-40 tahun dan 26-30 tahun, iaitu sejumlah 709,924 penjawat awam daripada 1,267,310 pengisian (56%), tidak termasuk Pasukan Polis dan Angkatan Tentera. Perkhidmatan Awam Malaysia juga mempunyai sejumlah 3188 penjawat awam berstatus OKU. Pengisian mengikut kumpulan perkhidmatan pula adalah seperti berikut:- (Jadual 1: Pengisian mengikut kumpulan perkhidmatan) Trend pengisian mengikut jantina pula adalah seperti berikut:- (Jadual 2: Pengisian mengikut jantina) Saiz perkhidmatan awam kerap dibincangkan berikutan peningkatan perbelanjaan emolumen dan pencen dan kesan terhadap kesejahteraan fiskal negara. JPA telah melaksanakan inisiatif-inisiatif kawalan saiz perkhidmatan awam seperti: i) Menghadkan jumlah perjawatan dalam sektor awam kepada 1,713,757 perjawatan dan status pengisian semasa ialah 1.61 juta penjawat awam; ii) Membekukan pewujudan perjawatan baharu, walau bagaimanapun pewujudan secara trade-off (tukar ganti) dibenarkan dengan mendapat kelulusan JPA; dan iii) Melaksanakan Inisiatif Penggunaan Sumber Manusia Secara Optimum sejak 5 Mac 2015. Inisiatif kawalan pengisian yang dilaksanakan merangkumi: i) Semua urusan pengambilan ditangguhkan kecuali melibatkan calon-calon yang telah dipanggil temuduga dan pengambilan/ pelantikan pelatih di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM);

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy