Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

15 01 Senario Perkhidmatan Awam Malaysia 1 Perkara 132 (1) Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pasukan Polis, Perkhidmatan Pendidikan, dan Perkhidmatan Awam Setiap Negeri. Terdapat 740 bilangan agensi merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut:- (Gambarajah 1: Peratus Bilangan Agensi Perkhidmatan Awam Malaysia) Jumlah penjawat awam sehingga 31 Disember 2016 ialah 1,344,194 (93.8%) berbanding 1,432,503 perjawatan, tidak termasuk Pasukan Polis dan Angkatan Tentera dengan nisbah 1:44. Wujud tanggapan bahawa saiz Perkhidmatan Awam Malaysia terlalu besar berbanding United Kingdom (1:11), Amerika Syarikat (1:11), Australia (1:12) dan Singapura (1:25) dan Kerajaan terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi. Trend perjawatan masih menunjukkan peningkatan walaupun JPA telah melaksanakan dasar pengejatan pada tahun 2011. Komposisi Perkhidmatan Awam Malaysia berdasarkan kelompok umur yang tertinggi ialah dalam julat 31-35 tahun, 1 Semua data dan statistik adalah kemaskini sehingga 31 Mac 2017, kecuali dinyatakan sebaliknya

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy