Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

14 Analisis Persekitaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) beroperasi dalam persekitaran global yang cepat berubah, tidak menentu, kompleks dan samar atau VUCA ( volatile, uncertain, complex, ambigious ). Senario semasa kini menjadi semakin kompetitif akibat aruhan penggerak utama ( driving forces ) seperti perubahan demografi, globalisasi, liberalisasi perdagangan, keterbukaan sosial, ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ekonomi digital, perluasan konsep tadbir urus baik dan ekspektasi pelanggan yang semakin meningkat. JPA perlu sentiasa mengkaji peranan, strategi, program dan aktivitinya dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti cabaran-cabaran lama dan baharu yang akan dihadapi dalam merealisasikan visi dan misi JPA. Ini menuntut transformasi dan penjajaran strategi dan sumber yang luwes ( flexible ) dan konsisten bagi menjana produktiviti dan nilai tambah dalam perkhidmatan awam bagi mencapai sasaran Wawasan 2020 dan Aspirasi Nasional 2050 (TN50) yang perlu bergerak seiring dan berkesinambungan. Untuk memastikan Pelan Strategik JPA 2017-2020 menjadi sebuah pelan yang relevan dan mapan, analisis persekitaran luaran dan dalaman telah dilaksanakan. Analisis ini bertujuan mengenalpasti isu-isu strategik dan menetapkan hala tuju JPA dengan lebih komprehensif dan mengambilkira semua senario berkemungkinan. JPA telah mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam memperkukuhkan organisasi dan merancang pengurusan sumber manusia sektor awam yang berkesan dan efektif. Kajian faktor persekitaran dimulai dengan imbasan makro terhadap Perkhidmatan Awam Malaysia dan JPA. Seterusnya, analisis dilakukan dengan mengambil kira lima (5) aspek utama LOPSC iaitu kepimpinan, organisasi, modal insan, strategi dan budaya ( Leadership, Organization, People, Strategy and Culture ). Hasil dapatan adalah seperti berikut:-

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy