Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

4 RINGKASAN EKSEKUTIF Pelan Strategik JPA 2017-2020 ialah rujukan utama dan panduan kepada setiap bahagian dalam merancang strategi dan inisiatif secara sistematik dan bersepadu. Dokumen ini juga memusatkan segala komitmen dan fokus seluruh warga JPA bagi menjayakan visi dan misi organisasi untuk mencapai Misi Nasional. Untuk memastikan Pelan Strategik ini relevan dengan situasi dan ekspektasi semasa, JPA telah melaksanakan analisis persekitaran dan mendapatkan pandangan dan cadangan daripada warga JPA. Hasil daripada pandangan dan cadangan ini dan berteraskan pendekatan Kerangka Empat Tindakan (ERRC), 9 isu-isu strategik yang perlu diurus oleh JPA telah dikenalpasti. Ekoran itu, lima (5) teras strategik telah dikenalpasti yang meliputi perkara-perkara berkaitan bakat, organisasi, penyampaian perkhidmatan, membuat keputusan dan nilai-nilai sepunya. Setiap strategi disokong oleh program dan petunjuk prestasi sebagai panduan kepada bahagian untuk membangunkan aktiviti-aktiviti yang mampu mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi, dinamik dan berjiwa rakyat. Analisis persekitaran dan radas ERRC telah dijadikan asas untuk mengenalpasti isu- isu strategik yang akan mempengaruhi peranan dan fungsi JPA pada masa kini dan masa hadapan. Perubahan persekitaran yang dinamik dan bercirikan kepesatan teknologi, ekonomi digital, globalisasi dan liberalisasi merupakan pembolehupaya sejagat yang boleh mempengaruhi produktiviti dan daya saing Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020. Pelan Strategik ini menggariskan lima (5) Teras Strategik yang menjadi kunci dalam melaksanakan strategi-strategi dan program-program untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam Malaysia yang future ready sepanjang tempoh pelan. Setiap Teras Strategik disokong oleh Strategi, Petunjuk Prestasi dan Program yang akan dijadikan panduan bagi Jabatan Perkhidmatan Awam untuk merangka aktiviti tahunan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy