Pelan Strategik JPA 2017 - 2020

3 bagi mencapai visi dan misi negara untuk tempoh tiga (3) dekad yang akan datang di bawah lembayung Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam. Saya percaya Pelan Strategik ini mampu mewujudkan kefahaman dan menjadi rujukan utama mengenai hala tuju dalam perancangan dan pengurusan sumber manusia sejajar dengan objektif dan matlamat JPA. Asas bagi kejayaan pelaksanaan Pelan Strategik ini adalah komitmen dan kerjasama seluruh warga yang mempunyai peranan dan tanggungjawab secara bersama untuk merealisasikan segala inisiatif yang digariskan dengan jaya. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merangka dan membangunkan dokumen Pelan Strategik yang bakal menjadi pedoman kepada organisasi kita. Penjanaan idea dan input melalui penglibatan menyeluruh warga menjadikan dokumen ini lebih bermakna. Ini merupakan suatu manifestasi dan iltizam kita untuk bersama-sama menjayakan pelaksanaan Pelan Strategik ini. Semoga usaha murni menyediakan Pelan Strategik ini akan menjadikan JPA sebagai sebuah agensi peneraju yang benar-benar dinamik dalam memperkasakan sumber manusia ke arah penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi ekspektasi semasa. TAN SRI ZAINAL RAHIM SEMAN “Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam ini akan dijadikan rujukan utama dalam menahkodai hala tuju perancangan dan pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam supaya dapat dijajarkan dengan objektif dan matlamat Jabatan Perkhidmatan Awam.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy