Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

5 PELAN ANTIRASUAH Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2021-2025 telah dibangunkan hasil daripada komitmen penuh Jawatankuasa Pembangunan OACP JPA yang dilantik serta kerjasama warga JPA dari pelbagai peringkat. Dokumen ini menggariskan tiga (3) strategi utama dalam menangani permasalahan isu integriti, governans, dan juga rasuah. Tiga (3) bidang utama yang telah dikenalpasti terdedah kepada permasalahan integriti, governans dan rasuah di JPA iaitu tadbir urus, pengurusan kewangan dan perolehan, dan pembangunan sumber manusia. Ringkasan Eksekutif PENGENALAN Merangkumi latar belakang organisasi dan bidang tugasan utama (core business) JPA ISU DAN CABARAN Merangkumi isu dan permasalahan, di samping analisis data (dalaman dan luaran) bagi menghasilkan pelan tindakan yang bersesuaian MEMPERKASA ISU PENCEGAHAN RASUAH Kerangka utama OACP JPA dan senarai pelan tindakan yang telah dihasilkan bagi mencapai visi dan misi OACP JPA TADBIR URUS OACP JPA Menyentuh aspek berkaitan dengan mekanisme pelaksanaan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian. KESIMPULAN Merumuskan keseluruhan pelaksanaan pembangunan OACP JPA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy