Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

4 PELAN ANTIRASUAH Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam adalah satu bentuk perancangan awal yang bolehmembantu jabatan dalam kempen pencegahan aktiviti rasuah, salah guna kuasa dan kelemahan tadbir urus jabatan. Berkesinambungan dari Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang telah dilancarkan pada 29 Januari 2019, matlamat utamanya adalah untuk memastikan pengurusan pentadbiran Kerajaan bebas daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan sertamencapai aspirasi nasional iaitu “Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah”. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, dalam Bab 3: Memperkasakan Usaha Pencegahan Rasuah Nasional, Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023, menyatakan agar setiap pemegang taruh perlu menangani permasalahan rasuah di organisasi masing-masing melalui Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP). Perkhidmatan Awam merupakan tulang belakang kepada jentera pentadbiran Kerajaan khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Oleh itu, penjawat awam yang berintegriti dan boleh diteladani adalah merupakan aset penting bagi mewujudkan Perkhidmatan Awam yang efisien dan berkesan serta dipandang tinggi. Justeru, saya berharap dengan pelaksanaan OACP JPA ini bakal mewujudkan satu budaya kerja yang berintegriti, antirasuah dan beretika kepada warga JPA khususnya dan perkhidmatan awam amnya. Perancangan seumpama ini hendaklah dilaksanakan dengan komitmen yang tinggi di semua peringkat. Semoga kesemua 26 pelan tindakan yang dirancang dapat dilaksanakan sepertimana tempoh yang dijanjikan. SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” YBHG. TAN SRI MOHD KHAIRUL ADIB BIN ABD RAHMAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy