Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

33 PELAN ANTIRASUAH Sebagai sebuah jabatan teras dalam perkhidmatan awam, JPA tidak terkecuali daripada ancaman amalan rasuah dan penyelewengan melibatkan warga kerja dalam organisasi. Usaha memerangi rasuah harus sentiasa dijadikan agenda utama khususnya di peringkat organisasi dengan melaksanakan pelbagai program kesedaran, pemerkasaan kawalan dalaman serta mengenakan tindakan yang tegas terhadap mana-mana warga kerja yang melakukan kesalahan tatatertib mahupun jenayah. Selaras dengan itu, OACP JPA yang dibangunkan ini bertindak sebagai wawasan kerangka kerja untuk menjadikan JPA sebagai peneraju pembangunan sumber manusia perkhidmatan awam yang bersandarkan kepada prinsip integriti dan tadbir urus yang cemerlang. OACP JPA telah menggariskan pelan tindakan antirasuah bagi tempoh satu (1) hingga lima (5) tahun untuk dilaksanakan. Berdasarkan kajian dan hasil dapatan penilaian semasa risiko secara menyeluruh, sebanyak 26 inisiatif telah digariskan dan akan diberikan keutamaan agar kelemahan dalam aspek integriti, governans dan rasuah dapat ditangani dengan sistematik. OACP JPA ini bertindak sebagai kawalan dalaman yang memainkan peranan penting untuk memastikan sebarang risiko rasuah dapat ditangani dengan berkesan. Bagi memastikan keberkesanan OACP JPA ini, pelaksanaan keseluruhan inisiatif akan dipantau secara berterusan dan penilaian setiap tahun akan dilaksanakan. Keberkesanan setiap inisiatif akan dinilai mengikut perkembangan semasa supaya ianya selari dan menepati hasrat yang diharapkan. Komitmen semua pihak adalah pemangkin utama kepada kejayaan pelaksanaan OACP JPA ini dan secara langsung ianya dapat dijadikan panduan yang jelas berkaitan antirasuah kepada seluruh warga kerja. Pembangunan OACP JPA 2021-2025 ini juga merupakan gambaran komitmen penuh jabatan bagi merealisasikan usaha Kerajaan untuk memantapkan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan sepertimana yang telah dinyatakan dalam NACP 2019–2023. Selain itu, OACP JPA ini juga menjelaskan mekanisme penyelarasan, pemantauan dan penilaian bagi memastikan pelan tindakan di bawah OACP JPA dapat dilaksanakan seperti yang dirancang dengan berkesan. Bahkan OACP JPA ini dilihat sebagai satu “living document” yang akan sentiasa dikaji dan dikemas kini mengikut relevansi perubahan semasa. Dengan adanya OACP JPAini, ianya diharapkan bakal mewujudkan satu budaya kerja yang berintegriti, antirasuah dan beretika kepada warga JPA khususnya dan perkhidmatan awam amnya. Perancangan seumpama ini hendaklah dilaksanakan dengan komitmen yang tinggi di semua peringkat bagi memastikan ianya tidak hanya sekadar teori semata-mata, tetapi berupaya memberi impak yang besar kepada penyampaian perkhidmatan awam di Malaysia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy