Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

31 PELAN ANTIRASUAH c. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan OACP JPA Memastikan inisiatif-inisiatif dalam OACP dilaksanakan berdasarkan sasaran dan tempoh masa yang ditetapkan. Mengemukakan pelaporan pelaksanaan inisiatif secara suku tahun kepada Unit Integriti selaku Urus Setia Induk OACP 4.2 MEKANISME PENYELARASAN, PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Penyelaras OACP Bahagian/Unit perlu melaksanakan pemantauan : i. Membuat perbandingan pencapaian dengan sasaran ii. Membincangkan segala kekangan atau cabaran dalam Mesyuarat Pengurusan Bahagian/Unit iii. Menyediakan pelaporan kepada Unit Integriti pada setiap suku tahun Unit Integriti selaku urus setia induk OACP JPA perlu melaksanakan penyelarasan seperti berikut i. Menasihati dan mengenalpasti penyelesaian terbaik untuk OACP ii. Melaporkan status pelaksanaan OACP setiap suku tahun kepada pengurusan tertinggi iii. Bahagian/ Unit melalui JAR JPA mengemukakan laporan setiap suku tahun kepada Unit Integriti Penilaian terhadap keberkesanan OACP hendaklah dilaksanakan dari semasa ke semasa yang bertujuan untuk: i. Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan setiap pelan tindakan. ii. Menilai sama ada pelan tindakan menyokong ke arah objektif yang ingin dicapai. iii. Memastikan bahawa aktiviti dilaksanakan seperti yang dirancang. iv. Memberikan maklum balas yang bersesuaian berdasarkan situasi apabila diperlukan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy