Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

30 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 4.1 MEKANISME PELAKSANAAN Selaras dengan usaha untuk memastikan inisiatif antirasuah JPA dilaksanakan secara cekap dan sistematik, Unit Integriti JPA bertindak sebagai Sekretariat penyelaras Pelan Antirasuah (OACP) JPA yang berperanan memantau, menilai dan melapor pencapaiannya. Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) JPA hendaklah berfungsi sebagai platform utama yang menerima laporan, membincangkan dan membuat keputusan dan memantau pelaksanaan inisiatif-inisiatif OACP sepertimana yang dinyatakan dalam perkara 6.1.8 – Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018, Siri 2 No. 1 Tahun 2019 Pemantapan Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional. Bagi memantapkan sistem pemantauan pelaksanaan Pelan Antirasuah (OACP) JPA, keterlibatan dan kerjasama yang menyeluruh daripada Pihak Pengurusan tertinggi, warga JPA, pelanggan dan pemegang taruh adalah penting agar OACP JPA bergerak seiring dengan NACP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan OACP JPA hendaklah ditubuhkan dan melaksanakan tugas-tugas seperti berikut: a. Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah Peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Agensi Melaporkan status pencapaian dan pelaksanaan OACP JPA Membincangkan isu-isu berkenaan integriti, governans dan rasuah di Jabatan b. Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Pembentangan status pencapaian dan pelaksanaan inisiatif di bawah OACP sebanyak tiga (3) kali setahun Mengenal pasti penyelesaian terbaik isu-isu berkenaan integriti, governans dan rasuah di Jabatan Membuat keputusan penting selari dengan kepentingan organisasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy