Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

22 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 3.2 BIDANG-BIDANG KEUTAMAAN BERISIKO Berdasarkan penilaian risiko yang telah dijalankan, tiga (3) bidang utama yang terdedah kepada risiko governans, integriti dan antirasuah di JPA yang telah dikenal pasti: TADBIR URUS Sektor tadbir urus merangkumi pengurusan hal ehwal pentadbiran sesebuah organisasi dalam melaksanakan fungsi dan matlamat organisasi tersebut. Perkara penting yang perlu diberi perhatian dan mencerminkan imej organisasi adalah penyampaian perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi. PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Menyedari betapa pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam, setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) berkaitan integriti dan urus tadbir baik, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang dan berteraskan pembangunan kompetensi serta pembelajaran berterusan. Program- program dirancang seawal perkhidmatan bagi membentuk jati diri, nilai murni dan etika kerja yang berterusan selaras dengan kompetensi serta kehendak perkhidmatan. PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEROLEHAN Pengurusankewangandanperolehantidakhanyabertujuanbagimemastikan sumber organisasi adalah mencukupi bagi melaksanakan aktiviti tetapi yang lebih penting adalah untuk mempamerkan akauntabiliti. Kelemahan dalam akauntabiliti boleh mendorong berlakunya penyelewengan seperti penipuan, kecurian dan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Sekiranya terdapat kelemahan pada pengurusan kewangan dan perolehan yang dilaksanakan oleh organisasi, ia akan melibatkan peruntukan dan sumber kewangan yang besar. Oleh itu, setiap organisasi perlu melaksanakannya dengan cekap dan teratur agar kepentingan organisasi dapat dilindungi, tiada pembaziran dan ketirisan sumber kewangan yang digunakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy