Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

19 PELAN ANTIRASUAH ADUAN INTEGRITI WARGA JPA Berdasarkan laporan aduan integriti yang diterima oleh Unit Komunikasi Korporat (UKK) JPA, terdapat 85 jumlah aduan yang diterima berkaitan integriti sepanjang tempoh tiga (3) tahun bermula tahun 2019 sehingga 2021. Walau bagaimanapun hanya satu (1) sahaja aduan integriti yang melibatkan dalaman JPA manakala selebihnya adalah melibatkan isu-isu luaran berkaitan kementerian/ jabatan/ agensi luar yang lain. LAPORAN SPRM BERKAITAN JPA Berdasarkan aduan berkaitan salah laku rasuah terhadap JPA yang diterima oleh SPRM bagi tempoh 2016 sehingga 2021, terdapat 24 maklumat telah direkodkan di mana hanya satu (1) kertas siasatan telah dibuka yang melibatkan JPA dan telah disabitkan kesalahan. Rajah 1: Statistik JPA bagi tahun 2016 hingga 2021 di SPRM Tahun 2016 2017 2018 2019 2020 2021 JUMLAH Maklumat 2 8 2 2 8 2 24 Kertas Siasatan 0 0 0 0 1 0 1 Tangkapan 0 0 0 0 1 0 1 Pertuduhan 0 0 0 0 1 0 1 Sabitan 0 0 0 0 1 0 1

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy