Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

17 PELAN ANTIRASUAH 2.3 ANALISIS DATA Pelbagai sumber data dan maklumat telah diberi perhatian dalam usaha mengenal pasti risiko-risiko berkaitan urus tadbir, integriti dan rasuah di JPA. Hal ini penting bagi memastikan JPA sentiasa berada di tahap terbaik dari sudut penyampaian perkhidmatan dan imej organisasi. Justeru, Jawatankuasa Pembangunan Pelan Antirasuah (OACP) JPA telah menganalisa beberapa data yang berkaitan (sumber dalaman dan luaran) bagi membantu usaha mengenal pasti risiko-risiko yang berupaya menyumbang ke arah kelemahan, tadbir urus, integriti dan rasuah. Data- data yang dikaji diperolehi daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), Laporan Kes Tatatertib JPA, Maklumat Aduan SPRM terhadap JPA, Aduan Integriti JPA, Laporan Sistem Pengurusan Audit Nilai JPA Tahun 2019, Dapatan Kajian Soal Selidik Berkaitan Isu Rasuah, Governans dan Integriti dan sumber-sumber dalaman lain yang berkaitan. Hasil dapatan kajian dan analisis tersebut, risiko dalaman dan luaran telah dikenal pasti bagi menentukan sebarang bentuk ancaman dan peluang yang berpotensi yang menyebabkan berlakunya perlakuan salah laku rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa dalam kalangan warga JPA. Pelan tindakan penambahbaikan dan inisiatif tambahan juga telah diwujudkan dan akan dilaksanakan terutama dari segi pemantapan program yang dapat mengurangkan risiko antirasuah, isu integriti dan tadbir urus dalam kalangan warga JPA. Semakan semula dan penilaian risiko semasa akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan strategi dan pelan tindakan yang dilaksanakan sentiasa menepati objektif dan selari dengan keperluan semasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy