Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

15 PELAN ANTIRASUAH 2.2 PEMBANGUNAN PELAN OACP JPA Sepanjang sesi pembangunan OACP JPA berlangsung, pelbagai data dan maklumat telah dianalisa bagi menentukan risiko dan bidang-bidang yang perlu diberi tumpuan oleh bahagian dan unit dalam tempoh lima (5) tahun ke hadapan. JPA telah melaksanakan Corruption Risk Management (CRM) bagi mengenalpasti risiko-risiko berkaitan governans, integriti dan antirasuah di JPA yang berupaya menjejaskan penyampaian perkhidmatan dan imej organisasi. Antara mekanisme yang digunakan adalah seperti berikut: Pelaksanaan Corruption Risk Management (CRM) Satu Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah bagi Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (PRR OACP) telah dijalankan selama tiga (3) hari bermula pada 25 Jun 2019 sehingga 27 Jun 2019 yang melibatkan pegawai- pegawai Kanan JPA daripada semua bahagian dan unit yang mana telah dikendalikan dengan bantuan pihak SPRM. Pelaksanaan Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (PRR OACP) anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah berlangsung selama empat (4) hari bermula pada 12 Julai 2021 sehingga 15 Julai 2021. Seramai tujuh (7) orang pegawai Kanan JPA yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pembangunan OACP JPA telah hadir bagi menjayakan objektif bengkel tersebut. Pengemaskinian dan pengukuhan hasil dapatan risiko-risiko governans, integriti dan antirasuah semasa Sesi Perbincangan Penyediaan Draf Strategi dan Pemurnian Pelan Tindakan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bersama semua bahagian dan unit telah dilaksanakan pada 23 September 2021 bagi memastikan setiap inisiatif tersebut mencapai objektif OACP yang telah disasarkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy