Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

14 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2.1 ISU DAN CABARAN MENANGANI RASUAH Pada tahun 2020, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International telah merosot sebanyak 6 tangga ke kedudukan ke-57 berbanding tahun 2019 iaitu di kedudukan ke-51. Sehubungan dengan itu, masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dalam agenda untuk meningkatkan integriti rakyat, memperbetulkan tadbir urus negara dan memerangi rasuah. Data Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap penglibatan penjawat awam dalam kes rasuah menunjukkan sebanyak 1100 tangkapan kes rasuah telah dilakukan pada tahun 2019, 525 kes adalah daripada penjawat awam. Daripada 525 kes, sebanyak 288 kes telah dihadapkan pertuduhan dan sebanyak 104 telah disabitkan dengan kesalahan rasuah. Sebanyak 47.6% kes rasuah berlaku dalam kalangan penjawat awam sepanjang lima (5) tahun ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 72.3% kes adalah daripada kumpulan pelaksana dan 52.6% kes adalah melibatkan individu yang berumur 40 tahun ke bawah. Selain itu, berdasarkan penarafan semula risiko rasuah yang dilaksanakan oleh SPRM pada tahun 2020, JPA telah dikategorikan berisiko sederhana terhadap perlakuan rasuah. Berdasarkan analisis ke atas maklumat rasuah di Malaysia, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, terdapat empat (4) punca utama berlakunya amalan rasuah iaitu: Kegagalan pentadbiran (manipulasi terhadap sistem dan prosedur) Konflik kepentingan (kuasa budibicara, kuasa mutlak dan campur tangan politik) Kelemahan kawalan dalaman dan ketidakpatuhan Kurang ketelusan 1 2 3 4

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy